TERKINI : PARTI Warisan Sabah Masih Sokong Tun M! – Shafie Apdal

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata parti pimpinannhya masih menyatakan sokongannya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, Parti Warisan akan tetap menyokong Mahathir yang kini dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan Perdana Menteri Interim.

“Yes, of course (sokongan kepada Mahathir),” katanya ringkas kepada media selepas ditemuimengunjungi kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara malam ini.

Beliau dilihat memasuki kediaman Muhyiddin jam 10.30 malam dan tidak sampai lima minit kemudian, Ahli Parlimen Semporna itu beredar.

Awal hari ini, Bersatu berkata, parti itu kini beri sokongan penuh kepada pencalonan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.