TERKINI : Pemimpin PH Kunci Mulut

Mesyuarat tergempar Ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan berlangsung hanya kira kira sejam di Hotel Eastin selepas mesyuarat Ahli Parlimen PKR yang berlangsung di lokasi sama pada petang tadi.

Sejurus selesai Mesyuarat tergempar tersebut, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim,Mohamad Sabu, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hanya mengunci mulut ketika dihampiri dan diasak dengan pertanyaan daripada puluhan wartawan dalam dan luar negara yang memenuhi perkarangan hotel tersebut.

Walaubagaimanapun, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat keluar melalui jalan lain mengelak daripada bertembung dengan pengamal media.