Poster-poster politik mencuit hati warganet.
KUALA LUMPUR – Warganet yang kreatif telah mengubah poster-poster filem dan artis terkenal untuk menggambarkan keadaan politik di Malaysia menggunakan kaedah yang mencuit hati.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan, ungkapan watak Ip Man yang dibawa Donnie Yen dalam filem bertajuk sama telah digunakan untuk menggambarkan kehebatan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam satu gambar yang tular, Ip Man memberitahu bahawa dia bersedia melawan 10 orang, manakala Dr. Mahathir menjawab: “Bro, saya boleh melawan lebih 200 orang, dan saya melawan mereka dalam keadaan duduk.”

Selain itu, poster filem Avengers telah ditukar kepada “Perikatan Penderhaka” dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membawa watak Captain America dengan beberapa pemimpin yang dianggap pro-Azmin seperti Tian Chua dan Hee Loy Hian juga ditunjukkan dalam poster.

Menurut poster itu, filem itu ditayangkan di Hotel Sheraton bermula 23 Februari.

Dalam pada itu, poster Backstreet Boys, kumpulan penyanyi yang popular pada 1990-an juga ditukar kepada “Backdoor Boys” dengan memaparkan gambar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Wee Ka SiongĀ  dan Mohamed Azmin.

Sementara itu, poster filem Amerika 2017, The Greatest Showman pula diubah watak utamanya daripada Hugh Jackman kepada Dr. Mahathir.

— MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.