Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai kejayaan terbaik Muafakat Nasional.

Menurut beliau, ia adalah berkat kerjasama gabungan baharu yang dibentuk ketika krisis politik melanda negara minggu ini.

“Ini adalah satu pencapaian yang terbaiklah kita rasa hasil daripada Maufakat Nasional yang kita adakan dengan UMNO.

“Jadi kami Pas dengan UMNO daripada komponen terbesar kalau dapat kerajaan yang baharu ini,” katanya ketika ditemui media selepas meninggalkan kediaman Muhyiddin, hari ini.

Pagi tadi, Muhyiddin mengadap Yang di-Pertuan Agong, dengan mewakili suara gabungan baru yang dibentuk bersama UMNO, Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Gabungan itu dinamakan Perikatan Nasional diketuai Muhyiddin. -MalaysiaGazette