Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. foto FAREEZ FADZIL, 29 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat membawa perkembangan positif.

Malah Ahmad Zahid juga dilihat keluar dengan ukiran senyuman ketika diasak para pengamal media dan wartawan.

“Saya tidak mahu kata apa-apa. Misi saya berjaya dan sudah selesai,” katanya ringkas.

Ahmad Zahid berkata demikan selepas menjawab pertanyaan media mengenai pertemuan beliau dengan Muhyiddin, hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dilihat keluar jam 4.15 petang selepas mengadakan pertemuan selama 45 minit di kediaman Muhyiddin.

Pemimpin UMNO pagi tadi bersama Muhyiddin ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan nama beliau sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Turut mengiringi Muhyiddin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Sepanjang hari ini, 18 Ahli Parlimen mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin di kediamannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Bagus la umno pas bersatu dah bersama2… Itu bermakna melayu dh bersatu padu… Tinggal amanah ja yg masih ikut telunjuk dapsepet… Biar je la si tua atuk tu dgn game plan dia yg memakin diri sendiri… Tahniah umno pas bersatu =melayu dh celik pemikiran sedar akan permainan geng PH

  2. Melayu Hadi dan melayu UMNO,di bakar oleh wei ka siong, Apakah maksd mimpi saya itu, penterjemah mimpi ada ke,

Comments are closed.