Tedros Adhanom Ghebreyesus. foto AP

NEW YORK – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) teleh meningkatkan risiko koronavirus atau Covid-19 kepada ‘sangat tinggi’.

Ia adalah paras penilaian tertinggi.

Namun, WHO berkata, masih ada peluang untuk menangani wabak itu.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menekankan kebimbangan dan salah maklumat merupakan cabaran paling besar untuk ditangani.

Lebih daripada 50 buah negara kini merekodkan kes jangkitan koronavirus.

Di Iran, sumber-sumber dalam sistem kesihatannya memaklumkan sekurang-kurangnya 210 orang mati akibat virus berkenaan, lebih enam kali ganda daripada angka kerajaan.

Dr Tedros berkata, kebanyakan kes masih dijejaki tetapi tidak ada bukti virus berkenaan merebak secara bebas dalam komuniti. – MalaysiaGazette