KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.
“Selamat berkhidmat,” kata bekas Perdana Menteri itu ringkas menerusi hantaran di Facebooknya.
Muhyiddin, 73, pernah menjadi timbalan kepada Najib sebelum dipecat pada tahun 2015 susulan kes 1Malaysia Development Berhad.
Tempat Muhyiddin itu kemudian digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam pada itu, Tan Sri Noh Omar pula dalam hantaran di Facebooknya melahirkan rasa sebak dengan keikhlasan Najib yang menandatangani undi percaya menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri demi agama, bangsa dan negara.
Menurut beliau, Najib jelas seorang pemimpin berjiwa besar. – MalaysiaGazette