TERKINI : Anwar Tenang, Hormati Keputusan Agong – Farhash Wafa

Meskipun menghormati keputusan Yang diPertuan Agong (YDPA) namun Pakatan Harapan tetap menegaskan parti itu mempunyai sokongan majoriti untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Demikian kata Setiausaha Politik Presiden PKR Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak ketika ditemui wartawan sebelum meninggalkan kediaman Anwar di Segambut.

Katanya lagi, Anwar akan mengadakan perbincangan mengenai sokongan terhadapnya dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam ini.

Perkara itu juga ujar beliau akan diperincikan semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang akan diadakan pada esok.

1 Komen

  1. Tun kan minta ari isnin kumpul semua mp. Sape ada majoriti dia pm. Patut caya dgn tun tak ada perkara mcm ni terjadi.

Comments are closed.