KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga yang hadir bersama sekumpulan pelajar di Dataran Merdeka malam tadi masih percaya demokrasi masih hidup di negara ini susulan pergolakan politik sejak minggu lalu.
Ambiga berkata, rakyat Malaysia masih boleh membuat pilihan kerajaan yang mana satu perlu diwujudkan dan bukan percaturan pemimpin elit.
“Saya di sini kerana saya sokong semangat demokrasi, saya di sini kerana saya percaya demokrasi masih hidup.
“Ia adalah pilihan kita, demokrasi kita, parlimen kita, dan kita perlu tunjukkan reaksi kita apa yang telah diambil.
“Saya percaya satu hari nanti ahli parlimen perlu ditanya, saya mahu tahu setiap ahli parlimen, siapa mereka sokong,” katanya ketika ditemui pemberita di Dataran Merdeka, di sini malam tadi.
Terdahulu, sekumpulan mahasiswa dan beberapa individu pro Pakatan Harapan (PH) telah mengadakan perhimpunan Turun Ke Jalan: Demokrasi Mati di Dataran Merdeka yang bermula jam 8.30 malam tadi.
Perhimpunan haram itu didakwa dianjurkan secara bersama oleh badan bukan kerajaan (NGO) Bersih 2.0 susulan hebahan dibuat di laman Facebook milik pertubuhan itu.
Tindakan mereka itu dipercayai bagi membantah keputusan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.
Dalam pada itu, Ambiga juga mendesak ahli-ahli parlimen mendedahkan apa sebenarnya berlaku sepanjang pergolakan politik sejak minggu lalu.
“Sebab mereka perlu beritahu kita, mereka perlu dedahkan kepada kita, rakyat layak untuk mengetahuinya. Jangan hilang harapan, jangan tiada hati, kerana kita percaya keadilan akan muncul juga nanti,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Cukup cukuplah. Masauntul melihat ke hadapan danbersihkan hati.. Tun marilah joint jemash tabligh pulak. Boleh keluar 4 bulan.
Tinggu sahaja sidang parlimen, dalam Dewan akan dibahagi kerusi untuk pembangkang dan kerajaan, waktu itu kita bileh tahu siapa pembangkang siapa kerajaan.