Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. foto SYAFIQ AMBAK, 01 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diminta memecat Syed Saddiq Abdul Rahman sebagai ketua armada parti.

Justeru, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Mohd. Yusof mencadangkan Exco Armada, Muzammil Ismail sebagai pemangku sementara pemilihan semula ketua Armada dilakukan.

“Muzammil ada potensi besar dan dapat sokongan akar umbi, saya cadangkan presiden dia (Muzammil) boleh pangku ketua Armada jika Syed Saddiq didapati langgar disiplin parti, kita kena gerak cepat,” katanya.

Beliau ditemui bersama Muzammil di perkarangan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Menurut Mohd. Redzuan Yusof, dua ahli pimpinan parti itu adalah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tindakan itu diambil kerana mendapati Mukhriz dan Syed Saddiq mengambil pendekatan menentang Muhyiddin.

“Kita ada Lembaga Displin dan kita ada peraturan dan akan jalankan proses itu. Nampaknya jawatan Ketua Armada yang disandang oleh Syed Saddiq akan dikosongkan tapi dia boleh memangku tugas itu atas arahan presiden,” katanya.

Mukhriz Mahathir dan Syed Saddiq antara pimpinan Bersatu yang bertindak menyokong bekas pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.