Ketua Polis Petaling Jaya. ACP Nik Ezanne Mohd Faisal bercakap kepada media mengenai kekecohan yang berlaku pada mesyuarat tertutup Majlis Pimpinan Tertinggi PKR di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Petaling Jaya. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2020

PETALING JAYA – Polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan kerana mendatangkan kecederaan kepada Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam kejadian merusuh di hadapan ibupejabat PKR di sini hari ini.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanne Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dari anggotanya yang bertugas mengawal perhimpunan penyokong PKR berkenaan.

Katanya, lelaki berusia 30-an itu yang juga ahli PKR kini ditahan di Balai Polis Petaling Jaya untuk siasatan lanjut, termasuk pihaknya akan memanggil Tian Chua untuk melengkapkan siasatan.

“Berhubung kekecohan di depan pejabat PKR tengah hari tadi, kami menerima satu laporan atas sebab merusuh dan kita telah menahan seorang lelaki yang kita percaya ahli PKR bagi membantu siasatan.

“Setakat ini hanya lelaki itu seorang ditahan untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai apa yang berlaku, termasuk satu rakaman video yang tular mengenai Tian Chua kena pukul,” katanya kepada pemberita di hadapan ibupejabat PKR di sini hari ini.

Menurut Nik Ezanne, pihaknya masih lagi menunggu laporan dari Tian Chua tetapi setakat ini belum ada.

Lelaki itu, katanya, ditahan anggota polis ditempat kejadian.

Beliau meminta orang ramai terutama penyokong parti politik agar bertenang dan bersabar melalui saat-saat ini.

“Jangan terlalu emosi dengan keadaan politik sekarang. Bertenang dan bersabar.
“Kita sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dan di Petaling Jaya ini ada dua ibupejabat iaitu PKR dan PPBM.

“Apabila mereka mengadakan mesyuarat dan berhimpun, kita akan bersedia dan berjaga setiap masa,” katanya.

Ditanya lelaki terbabit disiasat bawah seksyen apa, Nik Ezanne berkata, siasatan itu belum diklasifikasilah lagi sebab masih dalam siasatan.

Katanya, ada lagi beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Dalam kejadian tengah hari tadi, Tian Chua yang dianggap sebagai pengkhianat oleh penyokong parti telah dipukul dan dibaling botol minuman ketika keluar dari bangunan ibupejabat.

Beliau bersama beberapa pemimpin yang sebelum ini menyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dituduh telah mengkhianati parti dan menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Isnin lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tian Chua dipukul dan dibaling botol oleh penyokong PKR

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Apa nl takut..lps ni lepas la sbb yg kena tangkap org phd4pig jgk….oppps silap AG dh letak jwtn nmpk gaya xda can la bdk tu nk bebas…

Comments are closed.