Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada Majlis Zikir dan Selawat Nuril Anwar di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Sama ada mengikut prosedur atau pun menerusi undi, krisis politik yang melanda negara sehingga membawa kepada pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disifatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai rampasan kuasa.

Beliau berkata bukan sahaja rakyat Malaysia mengetahui gerakan ini malah seluruh dunia yang menyaksikannya mampu menterjemahkan apa yang telah berlaku sejak minggu lalu.

“Orang yang berfikir bukan hanya di sini, seluruh dunia dia tahu ini (pembentukan kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri baru) satu rampasan (kuasa) sama ada ikut prosedur,  sama ada ikut undi ia rampasan,” katanya ketika Majlis Zikir Selawat Nuril di kediamannya.

Beliau juga mengakui proses peralihan kuasa yang sepatutnya berjalan lancar untuknya gagal akibat pengkhianat yang dilihat lebih mengejar kuasa dan wang berbanding prinsip dan janji.

“Kita mulai lentur hadapi kesukaran bila kita terpukau dengan kilauan kuasa dan harta, ini cabaran besar kita.

“Semalam kamu setuju kemudian hari ini kamu tukar sebab apa? Ugutan, wang?”soal beliau.

Namun Anwar berkata beliau tetap tenang menghadapi perubahan drastik ini dan menganggapnya sebagai ujian.

Beliau menutup ucapan majlis yang berlangsung di kediamannya dengan memberi peringatan bahawa umat Islam yang beriman perlu berpegang dengan janji.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berharap agar penyokongnya bertenang.

“Ramai orang kata Anwar pura-pura senyum. Saya tidur lena, makan lalu.

“Ingat kita orang beriman kena pegang pada janji, faham, faham, tidak faham sudah,” katanya lagi.

Muhyiddin hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan selepas Yang diPertuan Agong membuat ketetapan Presiden Pribumi Bersatu (Bersatu) itu memiliki sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette

18 Komen

  1. Rampasan kuasa?? yg Tun letak jawatan tu apa? Tun letak jawatan,automatik kabinet bubar,jd pm n kabinet xde dh,sape yg cukup majoriti jumpa YDPA,hang sembang hang ada cukup majoriti,pasaipa x jumpa awl2,ble YDPA dh keluar titah,hang mengelabah..hang ingt YDPA xde maruah mcm puak hang,keje nk uturn je 24 jam

  2. tun letak jawatan,kabinet automatik bubar,spe ckup majoriti jmpe YDPA,hang sembang hang cukup,pasaipa x jumpa??lepas tu mengelabah,satu dunia tahu,hang pm tepi selamanya

  3. tun letak jawatan,kabinet automatik bubar,spe ckup majoriti jmpe YDPA,hang sembang hang cukup,pasaipa x jumpa??lepas tu mengelabah,satu dunia tahu,hang pm tepi selamanya

  4. Silap tun.. Percaturan tun x menjadi… Letak jawatan dgn harapan Agong akan serah seemula jawatan pd tun.. Tapi tun x tau percaturan dia hanya memakan diri sendiri.. Sebab nye segala masalah negar berpunca dari tun yg dh nyanyuk… Rakyat dh muak dgn wayang TUN yg x habis2 salah kn orang lain… Xde nye salah TUN… Semwnjak TUN berkuasa puak2 cina dah mula tunjuk kurang hajar sebab TUN yg memanjakan sepet2 x guna… Sekarang ni TUN tanggung la kesilapan yg TUN dh lakukan pd NEGARA BRENAMA MALAYSIA…. JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN LAGI TUN… BEREHAT LAH… kpd ANWAR.. Terus kan berangan nk jadi PM tepi smpai bila2

  5. RAMPAS KUASA. JANGAN MEREPEK, SATU DUNIA TAHU KERENA GILA KUASA HILANG KUASA. DUDUK DIAM2 FIKIR BAIK2

  6. Siapa suroh paksa Tun M lepas jawatan, lepas tu pujuk balik jadi PM, dia dan parti gabunganya DAP, dia sebenarnya yg tak sabar nak jadi pm8 Malaysia..

  7. Nuor oi Nuor… Pepatah org melayu selalu betul
    “Org tamak selalu rugi” hahaha kannnn….

  8. Hahahahaha…..Katanya anwar ORG ISLAM YG BERIMAN PERLU BERPEGANG KPD JANJI…Hahahahahahahahahahahahahaha…

  9. Pakar pakar penganalisis politik berkata. Tanpa Campur tangan T. M, Anuar dan Kit Siang. Politik negara lebih baik. Sudah sudah lah. Ingat lah Sembahyang Bang, masjid dan Surau. Bagi lah orang muda mentadbir negara. Kepada Anuar. Ingat lah. Tak selamanya orang akan percaya pada kita. Jgn jadi orang Munafik. Berlagak baik tapi penuh dgn perasaan Phd. Allahualam.

  10. Yang mendesak tun letak jawatan PH..siap bagi Kata dua lagi. nah sekarang dia letak jawatan ..pii minta pula dia ambil balik… Ingat dia apa? Tak ada pressman Dan hormat langsung dengan Tun, buat mcm anak patung tak suka marah dan buang bila terdesak baru tahu soaps Tun, ingatlah manusia hanya merancang yang tentukannya adalah Allah. Sebaik baik perancangan hanyalah milik Allah. Bersabar dan belajar terima qada Dan qadar Allah.

  11. Well, kita tgk mcm mana muhyiddin nak handle negara ini, muhyiddin tidak dpt melaksanakan byk dasar krn dia dilantik dan bkn atas tiket majoriti. Apa yang muhyiddin blh buat sbg PM yang tidak dpt majoriti utk jd PM??Ini sbnrmya 1 bala apa lg byk kes slh guna kuasa sdng dibicarakan..ada kes2 td akan ditutup begitu sahaja? Kita lihat episod seterusnya. Secara amnya rakyat Malaysia tak kisah sapa jd PM tp pastikan segala kesalahan dihakimi ikut prosedur dn yg bersalah mesti dihukum jika tidak akan berlaku lg ketidak tentuan dlm politik orang melayu. Perkawinan PAS dn UMNO dijangkakan tidak lama mcm biasa sbb kuasa..

  12. Semoga bapak anuar bertaubat dari dosa dosa yg lalu
    Cecuba ingat apa hang buat pak nuar

  13. Hahaha..betul kata kamu tu Anwar.. tapi sebenarnye..
    Kuasa yang dirampas ialah kuasa kamu Dan perampasnye ialah datuk tua nyanyuk tu..ko igt dia nak bg kau JD PM ke..
    Kau dah kena game la..
    Udah2 la..bawa2 la bertaubat n bersara selamanye

  14. Hahaha..betul kata kamu tu Anwar.. tapi sebenarnye..
    Kuasa yang dirampas ialah kuasa kamu Dan perampasnye ialah datuk tua nyanyuk tu..ko igt dia nak bg kau JD PM ke..
    Kau dah kena game la..
    Udah2 la..bawa2 la bertaubat n bersara selamanye..
    Ajaran apa yg kau pegang? Iman apa yg kau ckp..janji apa yg kau dah buat??
    Cukup la bertopengkan Islam..jgn mainkan agama Islam lagi

  15. Tapi jangan lupa bahawa seluruh dunia juga tahu yg Anwar menangis x berlagu x dapat jadi PM…

  16. MasyaAllah.. semua komen² langsung x membina.. kita x tahu, tp Allah tau.. serahkan kepadanya. Doa orng yg di khiyanati masti makbul.

  17. Rampasan kuasa? kah kah kah..hang yg nak rampas kuasa Atok..lepas tu Atok yg resign..ko biaq betui Nuar oooiii

Comments are closed.