Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 01 MAC 2020

KUALA LUMPUR – “Saya telah dikhianati oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.”

Itu luahan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary hari ini.

Justeru, katanya, Pakatan Harapan (PH) akan membentangkan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat kelak memandangkan PH mempunyai majoriti berbanding Perikatan Nasional.

“Bagaimanapun saya takut sidang Parlimen Dewan Rakyat akan lambat bagi membeli masa,” katanya sambil menambah Yang Dipertuan Agong tidan lagi membenarkan pihaknya mengadap hari ini kerana ada proses pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri baharu.

Mahathir juga memberi bayangan seandainya lama lagi Dewan Rakyat mengambil masa untuk bersidang maka mungkin angka 114 (sokongan ahli parlimen kepada PH mencadangkan dirinya menjadi perdana menteri) akan berubah.

Pagi ini, Muhyiddin dan gabungan baharu politik negara akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan di Istana Negara.

Mahathir hari ini mendedahkan bagaimana sejak beberapa minggu beliau terpaksa menghadapi tekanan politik sehingga berlakunya krisis dan ketidakstabilan politik di negara ini.

Beliau mendakwa tidak dapat senada dengan Muhyiddin yang bersedia untuk menerima sesiapa sahaja dari UMNO termasuk yang kini menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Antara yang di maksudkannya ialah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang berdepan dengan beberapa pertuduhan termasuk SRC International melibatkan penyelewengan dana RM42 juta serta 1MDB RM2.3 bilion.

Bagaimanapun dakwa Mahathir, Muhyiddin sudah merancang dan mempunyai hasrat untuk menjadi Perdana Menteri kelapan dan kerana itulah sanggup menerima semuanya termasuk pemimpin ditolak rakyat pada PRU-14.

“Saya fikir Muhyiddin hendak jadi PM. Dia pujuk saya untuk tinggalkan DAP. Orang Melayu pula percaya cakap Najib kononnya saya bawah telunjuk kuasa DAP.

“Najib sangat cekap, orang sekarang sanggup cium tangan Najib dan akui dia sebagai ‘bosku’. Muhyiddin kemudian pujuk saya supaya Bersatu keluar sahaja Pakatan Harapan.

“Tetapi saya enggan, mengapa perlu saya lakukan demikian? Sedangkan saya dapat sokongan semua termasuk PH dan juga Pas.

“Mengapa perlu saya tolak PH dan terima Najib? Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu masuk sebagai ‘enbloc’ tapi mengapa pula saya beri peluang Itu walhal ada sahaja ahli UMNO yang tidak bersalah dan ada yang sedang hadapi kes di Mahkamah.

“Saya minta masa. Walaupun ada tidak percaya kepada DAP saya cakap perlu masa untuk kuatkan Bersatu. Saya merayu tapi Bersatu keluar juga. Hilanglah majoriti dan tidak boleh jadi kerajaan semula. Saya cuba berbincang dengan Muhyiddin tapi beliau tetap mahu bekerjasama dengan UMNO.

“Muhyiddin kata dengan saya, politik lebih penting dari prinsip. Katanya boleh sahaja bekerjsama dengan semua termasuk yang ada menghadapi tuduhan rasuah,” katanya.

Kata Mahathir, kerajaan baharu yang juga disertai oleh Najib dengan Muhyiddin diangkat menjadi perdana menteri, keadaan ‘ganjil’ akan mungkin berlaku.

“Mahkamah selepas ini akan merasa ‘pelik’ untuk ambil keputusan. Dulu Najib manipulasi keputusan mahkamah, dengan kerajaan baharu ini ianya akan berlaku sekali lagi.

“Bila Muhyiddin tanya saya seandainya saya hendak menyokong, saya kata tidak boleh menyokong bagaimanapun beliau telah memberitahu semua (yang) saya bersama ahli parlimen Bersatu lain menyokongnya.

“Ada enam wakil rakyat Bersatu termasuk saya tidak menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri kerana beliau bekerjasama dengan semua termasuk yang ada kes.

“Muhyiddin menunjukan angka yang salah dan kononnya sudah ada sokongan majoriti. Itu tidak benar kerana saya bersama yang lain tidak menyokongnya.

“Tetapi beliau akan angkat sumpah sebagai PM ke-8 pukul 10.30 pagi ini. Yang di Pertuan Agong pula enggan lagi mahu menerima saya menghadapnya untuk memberikan penjelasan. Baginda sudah bertitah Muhyiddin sebagai PM.

“Ini pelik dan ganjil sekali kerana sokongan majoriti masih lagi dengan PH tetapi yang angkat sumpah pula seseorang yang tidak mempunyai sokongan majoriti,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

19 Komen

  1. Yg pi letak jwtn hr tu kenapa?..sendri yg wat hal,pastu play “victim”!..dhla tu blk jg cucu

  2. Saya pun kecewa Tun, sebab Tun gagal mengawal diri, mengawal kabinet bwh Tun yg berprestasi paling buruk. Semuga masih ada ruang utk perbaiki diri dan keluarga Tun.

  3. Tun duduk buat amal diam diam.. nnt org hormat tun.. tun bising2 nnt org korek, bimbang nnt jumpa billion2, lebih dahsyat dari dsn..

  4. Macam mana nak bagi jawatan PM pada tun, asal usul nya sbb tun gaduh dengan anwar, andai kata bagi pada tun dah kemudian nya gaduh semula dgn anwar mcm mana? Agong dah tak percaya.. usul kan saja undi tidak percaya nnti

  5. Cukup2 la tu org tua nyanyuk..keturunan ko dah cukup kaya. Hentikanlah memecah belah bangsa sendiri. Igt la kaya dunia x blh dibawa kesana hanya amalan n keikhlasan jd penentu. Rakyat dah xnak kamu n takkan sekali nak kaki semburit jadi PM..jgn lupa bawa anak2 kamu bertaubat sekali

  6. Atok ni yg korek lubang perangkap kemudian fitnah insan lain… hanya inilah sifatnya hngga kemati. Trick keluar masuk masuk keluar dan letak angkat angkat ambil konon dipujuk terlebih 40juta rakyat terlajak pujuk beliau jadi PM semula… Ehhh logikkan jika tidak logik itulah siapa dia sebenarnya.

  7. YB Tun,
    Sama ada suka atau tidak, rakyat telah memberikan masa kepada Tun untuk mengemudi PH selama kurang lebih 2 tahun, tetapi Tun telah gagal dengan teruk. Akuilah kelemahan diri sendiri dan berilah peluang kepada pemimpin lain untuk memimpin sebagaimana rakyat telah memberi peluang kepada Tun selepas PRU14 yang lalu.

  8. Mahathir and Anwar have caused a lot of problems for Malaysia. The country cannot move forward because of their politicking. Mahathir should think of retiring from politics and prepare for his after life (akhirah). Take rest Mahathir dan spend the time left for you in this world with ibadah dan family. May God save Malaysia and bless Malaysia.

  9. Tun juga telah tutup kes terowong Pulau Pinang LGE. Itu bagaimana? Di mana letaknya keadilan untuk ahli bomba yang dibunuh oleh puak-puak pelampau Hindu. Sebelum kita menuding jari pada orang lain, cermin diri dulu Tun. Dulu Tun pakat dengan DAP dan tumbangkan kerajaan BN. Jadi, apa yang berlaku pada Tun hari ini merupakan Sunnatullah dalam konteks orang Islam dan Karma dalam konteks agama Buddha dan Hindu.

  10. Tun kena sedar diri rakyat muak dgn perangai buruk tun sekrang ni lebih baik banyakan beribadah dan mintak ampun pada Allah

  11. Elok lah saat ni tun bersara..sebab tun dah tak segagah dulu.. tugas PM mcm ni… tinggal kan pada org muda..pula. masa ni masa untuk tun berehat sepuas-puasnya…ok tun

  12. Bila org da nak mati, karakter akhir hayatnya adalah sifat sbnar dia. Apa yg ko pamerkan skarang ni adalah diri ko. Berhati BUSUK. Bertaubat n jdi moslem yg baik sblum Allah ambil nyawa ko. Ckp dgn ank ko “jgn ikut prrangai ayah”. Suh dia berhenti mnghasut org lain. Terjerit2 mcm org x siuman

  13. masalah kemelutan politik yang dihadapi oleh negara pasti akan membawa kepada kemerosotan ekonomi yang akan dibebani olehr rakyat sebarang perubahan kerajaan perlu dibuat diplatform yang betul iaitu diparlimen atau pilihanraya bukan dihotel atau di jalan Setiap ahli politik perlu bersikap mementingkan rakyat dan bukan kepentingan diri sendiri . Sebagai seorang wargaemas saya rasa kesal dan sedih keadaan yang dialami oleh negara kita yang bebas dari malapetaka seperti gempabumi dsbnya `kita perlu bersabar dan percaya kepada kuasa rakyat membuat keputusan siapa yang layak memerintah melalui pilihanraya dan parlimen

  14. Kesian Tok Ketua! Achah letak jawatan ingat rakyat satu negara nak pujuk dia, sapa pun tak peduli kat Tok. Lawan tarik tali dengan DSAI terjerut leher sendiri, klentong mamak ni dah tau dari awal2 lagi bila dok asyik2 ubah tarikh perlepasan kuasa pada DSAI tapi kononya tak minat nak PM. Sekarang dok gila talaq 3 nak jadi PM. Yang mana satu yang betul pun tak tau. Politikus sedunia tak ada sesiapa yang boleh dipercayai bila bercakap,berjanji, berdumpah! Tak ada sorang pun. Pepatah kata Inggeris ” Politician are like sperm, only one in a million turns into human”

Comments are closed.