KUALA LUMPUR – Sidang pertama Parlimen bagi penggal ketiga yang dijadualkan 9 Mac ini mungkin ditangguh.
Penangguhan ini bagi memberi laluan kepada penubuhan kabinet baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru mengangkat sumpah.
Kemungkinan besar sidang itu bermula pada 23 Mac, menurut sumber kepada MalaysiaGazette.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu belum diputuskan secara muktamad.
Tambahnya, jika pelantikan kabinet dibuat pada minggu ini, ia masih terlalu singkat untuk meneruskan sidang parlimen.
Ini kerana, apabila pelantikan kabinet dibuat, ahli-ahli Parlimen yang dilantik sudah pastinya perlu menyesuaikan diri dan pentadbiran dan pengurusan kementerian masing-masing.
“Perkara-perkara ini menjadi pertimbangan kerana kita tidak mahu sidang parlimen terjejas. Oleh itu kemungkinan besar sidang parlimen pada jadual asal 9 Mac akan ditangguh.
“Parlimen akan memberi makluman dalam masa terdekat,” katanya. – MalaysiaGazette
Terbaiklah… Buat ape nak tergesa gesa bersidang. Paling paling, yang kecuh nak bersidang pun yang nak buat undi tak percaya. Terlupa la pulak kisah undi percaya.. Hehe..