Khazanah Nasional
Khazanah Nasional

KUALA LUMPUR- Seorang pekerja Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) disahkan positif wabak Covid-19.

Sayap pelaburan negara itu berkata, pekerja berkenaan sedang mendapat rawatan di sebuah hospital kerajaan.

“Khazanah kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan dan pengurusan premis pejabat kami untuk mengambil langkah sewajarnya demi memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan terjamin.

“Ini termasuk membantu pihak berkuasa kesihatan mengenal pasti individu yang sudah berhubung dengan kakitangan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khazanah juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku ketika langkah pencegahan dilaksanakan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat empat kes baharu jangkitan virus Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan kes positif Covid-19 di Malaysia.-MalaysiaGazette