TERKINI : SAH!!! Tan Sri Muhyiddin Yassin PM ke 8

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara pada jam 9.50 pagi untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 pagi ini.

Beliau yang tiba dengan menaiki kereta Proton Perdana bernombor pendaftaran W9R ditemani isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman.

Muhyiddin sempat melambaikan tangan kepada sekumpulan petugas media yang menunggu di pekarangan Istana Negara sejak pukul 8 pagi tadi.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada pukul 10.45 pagi.

Kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat keluar dari pintu 1, Istana Negara pukul 12.08 tengahari dengan diikuti beberapa kenderaan pengiring.

Selepas seminggu negara menghadapi kemelut kepimpinan politik akhirnya Malaysia menyaksikan Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.