Seorang pekerja premis permaidani dan tekstil, Musa bercakap kepada Malaysia Gazette ketika tinjauan Ops Perkeso 2020 di Pasar Borong Nilai 3, Negeri Sembilan. foto AFIQ RAZALI, 02 MAC 2020

NILAI – Warga Pakistan tapi ada kad pengenalan.

Itu yang ditemui MalaysiaGazette ketika mengikuti satu operasi yang dilakukan oleh sebuah agensi kerajaan di pusat perniagaan di Nilai 3, di sini.

Lelaki Pakistan berusia 51 tahun itu mendakwa, dia sudah memiliki kad pengenalan sejak berusia 12 tahun ketika masih tinggal bersama ibu dan bapanya di Sandakan, Sabah.

Bagaimanapun, pengakuannya itu boleh diragui kerana percakapannya tidak langsung menunjukkan bahawa beliau pernah dibesarkan di Sabah.

Tidak ada sebarang tanda terutama daripada segi loghat bahasanya yang jelas menunjukkan beliau memang warga dari negara Asia Selatan.

Ketika ditemubual, dia yang bernama Musa memberitahu telah berkahwin dengan seorang wanita Sabah dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Ahli keluarga kini berada di Sabah dan tinggal di sebuah pangsapuri yang disewanya di sana.

Katanya, dia baru sebulan bekerja di kedai menjual karpet di sini dan sebelum ini dia menjalankan perniagaannya sendiri di Sabah.

“Saya sudah lama dapat IC ini. Bapa saya urus dengan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).

“Saya juga ada lesen memandu. Anak-anak saya pun ada kad penegnalan juga,” kata

Musa berkata, dia menjalani kehidupan sebagai rakyat Malaysia dan sering pulang ke Islamabad untuk bertemu dengan saudara maranya.

Ketika ditanya mengenai ibu bapanya, Musa berkata, kedua-duanya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dalam satu insiden beberapa tahun lalu.

Lelaki itu yang bekerja sebagai pembantu kedai memberitahu, dia tinggal di rumah sewa majikannya yang terletak tidak berada jauh dari tempat kerjanya bersama beberapa rakan yang juga warga Pakistan.

Ujarnya, dia tidak bimbang untuk pergi ke mana-mana sahaja ekoran memiliki kad pengenalan yang menunjukkan dirinya merupakan warganegara.

Menceritakan pengalamannya selepas sebulan berada di semenanjung, Musa memberitahu, dia dibayar gaji oleh majikannya sebanyak RM1,300 sebulan dan tinggal di rumah sewa itu tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Katanya, dia tidak mempunyai saudara mara lain di Malaysia melainkan saudara sebelah isterinya sahaja.

Tambahnya, dia baru sahaja sembuh daripada akit angin ahmar dan kini mahu membina kehidupannya kembali.

Persoalannya, bagaimana Musa boleh memiliki kad pengenalan dan lesen memandu sah seperti warganegara Malaysia, walhal perwatakan dan dirinya jelas menunjukkan bahawa beliau sememangnya warga asing.

Adakah dia memperoleh kad pengenalan itu menerusi sindiket ataupun pengakuan yang dibuat adalah jujur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Wkwkwk…. Hebat kan SABAH..,senang saja warga asing dapat ic@warganegara Malaysia… Siapa kh gerangannya bapa projek ic

Comments are closed.