Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini meluangkan masa untuk menziarahi pusara ayah, ibu serta kaum keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Muar, Johor.-FB Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini meluangkan masa untuk menziarahi pusara ayah, ibu serta kaum keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Muar, Johor.

Sebelah pagi, selepas hari pertama memasuki Pejabat Perdana Menteri dan mengadakan mesyuarat bersama kakitangannya sebelum Ahli Parlimen Pagoh itu pergi ke Muar.

Sebelum itu, pejabatnya memaklumkan Muhyiddin tidak ada sebarang program termasuk mesyuarat dengan ahli-ahli politik di Putrajaya.

Beliau dilantik menjadi perdana menteri kelapan selepas mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agong semalam.- MalaysiaGazette