Najib Razak

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, melibatkan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang  sama, akan disambung pada Selasa depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menetapkan 10 Mac untuk menyambung perbicaraan kes itu selepas Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang mengetuai pasukan pendakwaan memaklumkan bahawa pihaknya akan memberi laluan kepada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib terlebih dahulu.

“Pendakwaan mohon perbicaraan kes (1MDB) bersambung Selasa depan,” kata Sri Ram.

Hari ini ditetapkan untuk perbicaraan kes 1MDB dan pada masa sama perbicaraan kes SRC International juga bersambung hari ini di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib pula berkata pihaknya juga memohon supaya perbicaraan kes 1MDB bersambung Selasa depan berikutan perbicaraan kes SRC telah dijadualkan berlangsung hari ini hingga Khamis.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 2 hingga 13; 19 – 20, 23 – 27; 30 – 31 Mac; 1 – 30 April manakala 4 – 8; 11 – 22 Mei termasuk Jumaat untuk perbicaraan kes 1MDB.

Mahkamah juga menetapkan keseluruhan Jun, Julai, Ogos, September dan Oktober termasuk pada Jumaat untuk mendengar kes tersebut.

Pembelaan akan meneruskan pemeriksaan balas saksi utama pendakwaan, bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini di antara 24 Feb 2011 dengan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Bekas menteri kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga  20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, di antara 22 Mac 2013 dengan  30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

— BERNAMA

2 Komen

  1. Daulat Tuanku.
    Sembah patik mohon berbicara pada tuanku.

    Dari seorang rakyat biasa mewakili 7 juta rakyat Malaysia yg telah dinafikan hak nya pada masa ini.

    Dimana undi kami keatas kemenangan majoriti keatas ph telah dinafikan dengan melantik@membentuk kerajaan dari kumpulan politik yg kalah dalam pru lepas.

    Ampun tuanku.
    Patik mengharapkan sudilah kiranya Tuanku menasihatkan YAB TS Muhyidin Yasin utk mengadakan sesi sidang parlimen pada kadar segera & memberikan peluang wakil-wakil kami yg telah kami undi@pilih pada pru ke 14 memilih jawatan PM Malaysia.

    Agar kami tahu sama ada mereka yang telah kami undi ini dgn pengorbanan wang ringgit, masa & kepanasan beratur panjang ketika mengundi dapat dihargai & menjalankan amanah yg kami beri atas nama Lailahaillallah, Muhammad Rasullullah saw dapat mereka tepati.

    Utk kami dapat menilai kembali kejujuran mereka dihadapan kami yang bersaksikan Allah swt utk mereka pikul tanggung jawab, sama ada didunia ini mahupun di akhirat kelak.

    Ampun Tuan ku.
    Sembah patik mohon diampun.

    Pengundi yg terkhianati.
    Sungai buloh, Selangor.

    Daulat Tuanku.

Comments are closed.