Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  mengesahkan tujuh kes positif jangkitan Covid-19 (koronavirus), menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 36 kes.

Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan berkata, kes-kes baharu ini merupakan kontak rapat bagi kes ke-26.

Menurut beliau, kesemua mangsa adalah warga Malaysia yang merupakan lima lelaki dan dua perempuan yang berumur antara 38 tahun hingga 58 tahun.

Ujarnya, kesemua pesakit dirawat di Hospital Sungai Buloh.

“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa,” katanya.

Tambah beliau, aktiviti pengesanan kontak rapat bagi kes ke-26 dan kes-kes baru yang dilaporkan ini masih dijalankan dan orang ramai akan dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast