Kerja-kerja pembersihan dilakukan di ibu pejabat UDA.

KUALA LUMPUR – UDA Holdings Berhad (UDA) telah mengambil langkah proaktif dengan melakukan pembersihan ibu pejabat UDA di Blok Menara, Kompleks Pertama awal petang semalam.

Kerja-kerja membasmi kuman itu dilakukan selepas seorang Ahli Lembaga Pengarahnya  disahkan positif Covid-19.

Menurut UDA, semua kakitangan di lokasi itu telah dibenarkan untuk pulang awal bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dibuat.

“UDA sentiasa komited melaksanakan langkah-langkah perlu mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelakkan penularan wabak ini khususnya di Ibu Pejabat UDA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel berkaitan:Pengerusi UDA positif Covid-19

UDA sahkan seorang ahli lembaga pengarahnya positif Covid-19

Tiada kes baharu Covid-19, proses jejak kontak Pengerusi UDA diteruskan

Dalam mempertingkatkan kawalan keselamatan dan tahap kesihatan, UDA telah menghadkan aliran keluar masuk orang luar ke ibu pejabat, selain turut menjalankan saringan kesihatan dan pemeriksaan suhu di lobi ibu pejabat.

Katanya, pelawat dan kakitangan turut disediakan dengan penutup muka dan hidung dan pembasmi
kuman tangan sebagai langkah berjaga-berjaga.

Antara inisiatif lain yang turut diambil oleh UDA bagi menjaga kebajikan kakitangan dan membendung kes ini, semua kakitangan UDA di ibu pejabat bekerja dari rumah bermula hari ini sehingga diberitahu kelak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast