Bekas Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan) bersama bekas Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong mengucapkan selamat jalan kepada pegawai-pegawai KBS pada Majlis Perpisahan Kementerian Belia dan Sukan di Menara KBS, Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 03 MAC 2020

PUTRAJAYA – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan yang dirinya masih bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan akan terus melawan politik rasuah yang sudah kembali berkuasa di negara ini.

Ketua Armada Bersatu akan terus berpegang kepada politik bersifat integriti dan akan terus bersuara mengikut naluri hati yang sentiasa menjadi kepercayaan dirinya untuk membuat keputusan.

Ditanya mengenai pendirian beliau dalam parti, Ahli Parlimen Muar itu berkata, integriti akan menjadi pegangannya dalam arena politik.

Menurutnya, tujuan beliau menyertai politik adalah untuk menolak budaya rasuah habis-habisan.

“Saya masih ingat lagi perasuah jijik mengugut saya dan emak saya yang ketika itu pulih dari kanser malahan saya tak dapat menghadiri istiadat konvokesyen sendiri selepas melengkapkan pengajian undang-undang.

“Selain itu, pelajar saya juga diugut dan dilarang daripada mewakili universiti hanya kerana saya adalah jurulatih dan ini bukti saya telah melalui pelbagai rintangan tapi tiba-tiba hari ini kita meletakkan mereka (perasuah) kembali memerintah.

“Jadi memang ya, saya akan kehilangan segala-galanya tetapi bukan semangat moral dan integriti saya kepada mereka (perasuah),” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan terakhir beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan bersama para pegawai kanan di sini hari ini.

Beliau bersama Bersatu kerana parti itu bergelut dan berdepan cabaran untuk menolak rasuah dan pihak yang menyalahgunakan kuasanya.

“Saya percaya saya akan melawan mereka mati-matian untuk memastikan Bersatu (PPBM) bangkit sebagai parti yang sentiasa melawan ahli politik yang berasuah selain mengelak masyarakat Melayu tidak sesekali berpakat serta bekerjasama dengan mereka yang berasuah.

“Apa gunanya kita mempunyai kuasa pemerintahan sementara tetapi hilang sanubari moral tercemar selama-lamanya dan itu cara kita mara ke hadapan dan terus melawan puak perasuah,” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan:

Saya berani kerana benar, kata Syed Saddiq

2 Komen

  1. betul..U jgn masuk kerajaan..masuk PH lawan rasuah terowong..tp hati2..dlm PH tu perogol ada; peliwat ada..sesilap U yg kena liwat..haaa

Comments are closed.