TERKINI : Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz Guna Teknologi Ultra Super Critical

Tenaga Nasional Berhad (TNB) melangkah ke hadapan dalam mengimbangi keperluan tenaga negara menerusi pengoperasian stesen janakuasa serba canggihnya di sini dengan menggunakan kepakaran teknologi bertaraf dunia.

Malah, menerusi pendekatan itu, ia menjadikan stesen berkenaan antara stesen janakuasa arang batu yang paling efisien di rantau ini, kata Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie. “Stesen ini menyumbang kepada kestabilan sistem Grid Nasional.

Dalam kata lain, ia memantapkan lagi keupayaan TNB untuk membekalkan tenaga elektrik yang berterusan dan berdaya harap.

Ini penting demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara,” katanya. Leo berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Stesen Janakuasa Jimah East Power di sini hari ini.