Pesawat L-39

ANKARA – Turki menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Syria di wilayah Idlib, Syria dan ia merupakan insiden ketiga ketika pertempuran antara tentera kedua-dua negara berterusan yang menandakan tahap baru pada peperangan yang berusia sembilan tahun.

Menteri Pertahanan Turki menerusi akaun Twitter mengumumkan bahawa tentera Turki telah menembak jatuh sebuah pesawat perang, L-39 milik tentera Syria, lapor AP.

Rangkaian televisyen milik kerajaan Syria melaporkan tentera Turki menyasarkan sebuah pesawat perang ketika ia melakukan operasi ke atas ‘kumpulan pengganas’ di wilayah Idlib yang dikuasai puak pemberontak.

Adalah tidak jelas nasib krew pesawat tersebut.

Turki telah menghantar beribu-ribu tentera ke Idlib bagi menyokong pejuang yang menentang kerajaan.

Ketegangan di Idlib meningkat berikutan serangan yang dilakukan Syria mengakibatkan 33 tentera Turki terbunuh di Idlib.

Turki bertindak balas dengan melakukan serangan dron yang mengakibatkan lebih 90 tentera Syria dan pasukan bersenjata perikatan maut.

Tentera udara Turki juga menembak jatuh dua pesawat perang Syria selepas pertahanan udara Syria menembak jatuh salah sebuah dronnya.

Berang dengan serangan yang dilakukan ke atas tenteranya di Syria, Turki membuka sempadannya di barat untuk beribu-ribu imigran dan pelarian yang mahu memasuki Eropah. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast