Ustaz Kazim Elias.

KUALA LUMPUR – Berita mengenai keadaan kesihatan penceramah bebas Datuk Kazim Elias atau Ustaz Kazim adalah palsu.

Beberapa hari lalu tular mengenai keadaan Ustaz Kazim yang dikatakan sedang sakit kerana mengalami masalah jantung.

“Post tersebut merupakan post lama yang di muat naik semula oleh pihak yang belum dapat dikenalpasti…

“Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa kesihatan YBhg DUKE berada dalam keadaan baik…

“Sama-sama kita mendoakan agar kesihatan DUKE dan kita semua terus kekal dalam keadaan baik,” kata pentadbir Facebook beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast