Alif Satar. Foto Ihsan Astro

KUALA LUMPUR – Anugerah MeleTOP Era atau AME kembali lagi tahun ini yang menyaksikan teka-teki siapakah hos yang bakal menemani Nabil Ahmad dan Jihan Muse akhir terjawab.

Penyanyi dan pengacara, Alif Satar diumumkan sebagai pengacara ketiga yang akan bersama-sama memeriahkan acara anugerah pilihan penonton tahun ini.

Ini merupakan kali pertama Alif bergandingan bersama Nabil dan Jihan dalam anugerah berprestij ini.

Sebelum ini, Neelofa merupakan antara wajah tetap yang diberi tanggungjawab mengendalikan acara popular itu.

Dalam masa sama, Alif juga dicalonkan dalam tiga kategori iaitu Penyanyi Meletop, Couple Meletop dan Fesyen Meletop.

Bagaimanapun, selebriti dan usahawan berjaya itu pada tahun lalu mengumumkan penarikan diri sebagai hos program hiburan mingguan, Meletop serta AME.

Alif akan bergandingan bersama Nabil dan Jihan dalam AME 2020.

Untuk AME edisi kali ini pelakon Mira Filzah dan Siti Nordiana mendominasi pencalon akhir apabila tercalon dalam empat kategori.

Mira tercalon dalam kategori Pelakon MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Artis Versatil MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Siti Nordiana pula tercalon dalam kategori Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP, Artis Versetail MeleTOP dan Group/Duo MeleTOP bersama Khai Bahar.

Untuk lagu tema AME2020 tahun ini pula mendapat sentuhan Navin D’Navigator dan dinyanyikan oleh Dina Nadzir, Tuju Klique dan juara Dansa dan Sing, Sofia Liana.

Penonton boleh mula mengundi artis kesayangan mereka bermula hari ini sehingga pukul 12 tengah hari 12 April ini di laman web rasmi AME2020 di www.anugerahmeletopera.com.my.

AME 2020 akan berlangsung pada 12 April di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pukul 9 malam. – MalaysiaGazette

AME 2020 akan berlangsung pada 12 April di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pukul 9 malam.