SKMM
SKMM gesa orang ramai manfaatkan Jendela Map bagi mengetahui status liputan rangkaian perkhidmatan jalur lebar di kawasan tempat tinggal.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menyebarkan berita palsu berkaitan penularan Covid-19 yang boleh menimbulkan suasana panik dan tidak tenteram dalam kalangan masyarakat.

Sebaliknya, orang ramai boleh rujuk kepada sumber rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia –
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan atau World atau Health Organisation – https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019 bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih mengenai

SKMM juga meminta orang ramai melayari portal Sebenarnya.my untuk mengenalpasti kesahihan sesuatu berita. Selain itu, berita mengenai Covid-19 yang tidak dipastikan kesahihannya boleh disalurkan melalui pautan ‘Salur kepada Kami’
iaitu https://sebenarnya.my/salur/ di portal dan aplikasi Sebenarnya.my untuk dimajukan dan disemak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Aplikasi mudah alih Sebenarnya.my ini boleh dimuat turun melalui platform Google Play Store dan Apple App Store.

Penciptaan atau penyebaran berita dan kandungan palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau
kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast