KUALA LUMPUR – Tindak-tanduk Datuk Seri Mujahid Yusof memuat naik gambar Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan #notmypm nampaknya ‘memakan’ diri sendiri.

Ini kerana, bekas Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri itu teruk dikecam oleh netizen.

Pemegang akaun razmeel@razmeel berkata, disebabkan kuasa Mujahid hilang kewarasan anda sebagai bekas Menteri Agama.

“Kerana kuasa, hilang kewarasan anda sbg mantan menteri agama. Igt, anda dulu pun dpd PAS terjun masuk PAN ya. Sebab apa? Kuasa? Pentingkan diri? Allah bagi nikmat & Allah jua yang tarik nikmat. Ingat tu!!,” katanya.

Eqhwan pula menyifatkan Mujahid sebagai Menteri Agama paling teruk dalam sejarah ketamadunan manusia.

Malah, Eqhwan turut meletakkan gambar Mujadi dengan perkataan Not My Menteri Agama.

Netizen yang menggunakan akaun muinme menyelar tindakan Mujahid itu dengan menyatakan jawatan yang paling sesuai untuk beliau ialah ‘pembangkang yang menyalak’.

Manakala jebat hutan secara sinis meminta Mujahid menonjolkan akhlak yang baik kerana kita mencontohi sunnah.

Mael_Hydra minta Mujahid berhenti membuat ciapan seperti cybertrooper kerana beliau adalah bekas menteri.

Justice4Adib pula berkata: “Alhamdulillah akhir mandat rakyat sebenar telah dimartabatkan. Semoga pan dan rakan-rakan mengambil pedoman kerana mengambil kuasa dari jalan fitnah, pembohongan dan pengkhianatan terhadap rakyat”.

Malah, tidak kurang juga netizen-netizen menempelak Mujahid dengan berkongsikan kenyataan-kenyataan media pemimpin DAP berhubung isu agama Islam, Melayu dan Bumiputera, penjawat awam dan ratifikasi ICERD.

Seorang netizen yang memegang akaun superb@superb83764880 turut membidas Mujahid dengan menyatakan: “Ni PM Malaysia. Kalau rasa bukan PM saudara, sila PM tepi forever”.

Wazzupp mendakwa Mujahid meroyan kerana setiap 10 minit beliau akan Tweet.

Ada juga netizen yang memberi nasihat kepada Mujahid.

hashim ahmad shiyuti berkata: “YB berhikmah dan berakhlak jauh lebih baik. Tak rugi untuk memuliakan yang lain biarpun ia bukan kawan kita”.

Adi アディ@adiycodei meminta Mujahid banyak beristighfar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

15 Komen

  1. Dah diberi peluang TAPI tak perform!

    Setakat jadi menteri untuk jual segala aset2 strategik TH sesiapa pun boleh buat. Kah..kah..kah..

  2. 2×5 je lah. ada orang sewel di ikuti oleh yang sewel juga. termasuklah aku menumpang sikit.

  3. Kalau dah gitu kau rakyaat negara mana…habaq mai selagi kau rakyaat malaysia parti cap apa itu satu nya pm yg ada kat malaysia klu kau x ngaku itu pm kau dah terang x perlu suluh kau bkan rakyaat malaysia.elok lah balik negara asal yg kau pun x tahu.

  4. Allah bagi nikmat sekejap, untuk menduga umatnya adakah tahu bersyukur atau kufor nikmat.
    Begitulah dengan MP dari PAN, setiap maklumat atau ciapan melalui akhbar tidak pernah lupa untuk mengaitkan keburukan parti yang pernah diterajuinya. Allah maha kaya, fitnah yang kau lempar selalunya perancangan dari Allah lebih baik.
    Maka bersekongkolah kamu dengan parti yang kau peluk cium selama bersama dulu.

    Sesungguhnya amanat dari Imam Syafie :-
    Kalau kamu ingin mengetahui kamu cari pemimpin yang banyak panah-panah fitnah menuju kepadanya. Maka kamu ikutlah pemimpin yang difitnah banyak itu kerana sesungguhnya dia sedang berjuang dijalan yang BENAR.

  5. Itulah kemampuan sebenar menteri2 dibwh PH..
    Bodoh sombong pendusta n pengkhianat pd agama n bangsa sendiri..

  6. Mujahed ni dlm kesihatan masih steady seharusnya guna waktu sekarang utk muhasabah diri bawa juga anak bini bersama kembali mencari iman amalkannya. Insyallah menerima nyata dunia dari allah.. Antaranya ketahuilah nikmat allah… tubuhnya kerajaan PN bukan khianat tetapi ketahuilah rakyat tidak berdaya tunggu hingga habis tempoh…. belajarlah bahawa allah mengetahuinya jgn anda “BERANI” melawan qoda dan qadar…..

  7. Siasat je mujahid sawa ni.. Byk makan dedap DAP smpai sanggup pertahan tindak tanduk DAP… siasat semua bekas2 menteri2 kerajaan pH… Termasyk aset harta yg di selit tepi

  8. . Dia dah tunjukkan wajah sebenar diri dia….
    Nasib baik lah 21 bulan je jadi Menteri Agama,
    Kalau sepenggal habis hukum hakam Islam digubalnya Silap silap Solat Jumaat di suruh nya pergi solat kat Kuil Hindu…!!!!

  9. Aku penyokong kerajaan pusat tapi tindak tanduk si Mujahid macam anak sekolah.
    Adakah anda sudah hilang kewarasan bila sudah hilang kuasa.
    Meroyan sikit2 cukup ler…

  10. Menteri agama ph-dap yg paling cemerlang dlm sejarah malaysia, dlm masa 22 bln memerentah berjaya memjual ladang n 4 hotel th, milik umat islam. Tahniah…

Comments are closed.