Mei Zhongming

WUHAN- Seorang lagi doktor menjadi korban wabak Covid-19 selepas dijangkiti virus berkenaan ketika merawat pesakitnya.

Menurut satu notis yang dikeluarkan oleh Central Hospital of Wuhan, Mei Zhongming, seorang pakar mata di hospital berkenaan meninggal dunia pada Selasa akibat koronavirus.

Mendiang yang berusia 57 tahun dijangkiti virus berkenaan ketika merawat pesakit-pesakit beliau, kata hospital tersebut sambil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarganya.

Mei yang juga Timbalan Pengarah di Jabatan Optomologi hospital tersebut merupakan rakan sekerja Dr. Li Wenliang, salah seorang daripada lapan individu yang cuba memberi amaran mengenai novel koronavirus apabila ia mula dikesan di Wuhan.

Li meninggal dunia awal bulan lalu.

Menurut satu laporan akhbar tempatan yang memetik seorang doktor yang tidak mahu dikenali berkata, Li dijangkiti virus tersebut pada pertengahan Januari.

Keadaannya semakin teruk sekitar 11 Februari lalu.

Ramai pesakit mendiang berduka akibat kematiannya dan menyifatkan Mei seorang doktor yang baik dan sabar.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast