Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terfikir memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan baharu memandangkan keutamaan beliau sekarang hanyalah mahu membersihkan nama daripada tuduhan-tuduhan di mahkamah.

Dalam satu temu bual bersama Reuters, bekas perdana menteri berkata, perbicaraan tersebut turut menyebabkan beliau tidak ada masa yang mencukupi untuk keluarganya termasuk isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akibat kekangan masa.

Rosmah juga ketika ini sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah.

Selain di mahkamah, Najib juga banyak menghabiskan masa untuk bertemu rakyat di seluruh Malaysia dengan personaliti yang lebih merendah diri berbanding ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dahulu.

Perdana Menteri keenam ini juga sibuk di media sosial yang mana beliau merupakan ahli politik Malaysia yang mempunyai pengikut teramai.

“Minggu lepas akaun Facebook saya berjaya menarik 20 juta pengunjung.

“Selalunya saya menerima 9.5 juta pengunjung setiap minggu dan dari segi likes, saya cuma memerlukan lagi 6,000 untuk mencecah angka empat juta.

“Ini adalah angka-angka berkaitan media sosial saya tetapi saya tidaklah mahu membesar-besarkan perkara ini,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu turut menafikan tuduhan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan beliau terlibat secara langsung dengan perjanjian antara UMNO dan sebahagian sekutu bekas Perdana Menteri ketujuh itu minggu lepas sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Jelasnya, beliau hanya diberi penerangan dan nasihat terhadap terma-terma dalam perjanjian berkenaan.

Mahathir sebelum ini menuduh Najib dan UMNO sebagai pencetus kepada peralihan kerajaan bagi membolehkan beliau terlepas daripada perbicaraan di mahkamah.

Ujar Najib, beliau hanya mengharapkan perbicaraan yang lebih adil selepas berlakunya perubahan kerajaan ini.

“Saya menjangkakan persekitaran yang lebih kondusif ke arah perbicaraan yang adil.

“Saya tidak memberi sebarang gambaran atau petunjuk kerana perbicaraan masih belum selesai tetapi saya berharap dapat menjalani satu perbicaraan yang adil,” katanya sambil tidak menolak pertuduhan ke atasnya hanyalah bermotifkan politik.

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Perdana Menteri baharu yang juga bekas Timbalan beliau sebelum dipecat pada 2015, Najib berkata, mereka masih belum bercakap sejak pelantikan Muhyiddin pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun Najib berharap hubungan mereka berdua boleh dipulihkan.

“Saya harap persengketaan itu dapat dilupakan,” katanya sambil mengambil contoh perikatan, Mahathir dan musuh tradisinya Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga gabungan parti kedua-duanya berjaya memenangi pilihan raya 2018.

“Selain memenjarakan Anwar, Mahathir juga selama bertahun-tahun mengeluarkan kenyataan buruk terhadap karakter tetapi itu tidak menghalang mereka untuk bersatu,” tambahnya.

Menyentuh mengenai skandal 1MDB, Najib menjelaskan, beliau telah dikelirukan oleh ahli perniagaan Malaysia Jho Low dan pegawai-pegawai kanan syarikat tersebut.

Tegasnya, beliau akan membersihkan nama baiknya di mahkamah.

“Saya tidak mahu manipulasi atau memberi tekanan kepada hakim atas alasan politik dan dari segi kekukuhan bukti, saya sebenarnya sangat gembira untuk mengikuti proses mahkamah,” katanya ketika ditemubual di kediamannya dekat sini.

Najib turut mengkritik bank pelaburan Goldman Sachs yang sepatutnya menjadi sebahagian sistem untuk melindungi kepentingan rakyat Malaysia.

Goldman Sachs bagaimanapun tidak memberi respon segera terhadap kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Tengku Adnan ada aset RM900 jota, apa lah sangat tuduhan terima rasuah RM2 jota? Tak masuk akal!

    Najib pula, dari kecil dah jadi anak PM, dari remaja lagi belajar dikolej dan universiti UK, muda lagi dah jadi MB Pahang sehingga jadi PM, puluhan tahun jadi menteri, dikatakan keluarga bangsawan yang sangat kaya raya! Tak kan lah miskin sangat?

  2. Friends and enemies remain in politics…..harap2 begitu ler yer.

    Bagi rakyat terbanyak amat mengharapkan agar kes2 mahkamah yg dilalui olih puak2 politik seperti kau dapat diadali dengan sebaik mungkin.

    Kami amat hairan, kalau sebelum menjadi wakil rakyat, kebanyakan mereka adalah seperti kami semua juga. Pakai kereta second hand, minum di kedai2 kopi dan tinggal di rumah peninggalan orang tua. Dah masuk sepenggal jadi wakil rakyat keadaan mula berubah…..dan bila masuk berpenggal2 tut tut mahkamah dimaklumkan harta berjuta dan mencecah berbilion ringgit.

    Eh….besar juga gaji sekitar RM15K-RM20K bagi seorang wakil rakyat yer…..

    Dan kau sendiri sampai blh beli jam tangan utk isteri tersayang beratus ribu ringgit, bag2 tangan bernilai jutaan ringgit, dan…..ah tak yah nak sebut ler kerana tak termampu nak jangkau oleh minda rakyat seperti kami. Kerana bila diconggak oleh cucuku yang di darjah lima, kalau gaji kau RM50K sebulan – tanpa tolak makan, cerut RM200 sebatang dsbnya – bersih RM50K sebulan tanpa diusik di kali dgn jumlah bulan perkhidmatan kau di dalam politik (sejak Bapak Pembangunan meninggal dunia) rasa2nya kau tak mampu utk miliki kesemua yang dinyatakan di atas tadi.

    Jadi itu lah harapan rakyat agar mahkamah dapat mengadili kes orang2 spt kamu sebaik mungkin.

    Tapi mungkin harapan kau berbeza dgn harapan rakyat teramai, yang lebih menghapkan kepimpinan baru dapat memberi sinar di hujung terowong bagi urusan kes2 kau orang di mahkamah. Sedangkan kami mengharapkan agar kerajaan pimpinan PM baru dapat melegakan ekonomi hidup kami agar dapat menyekolahkan anak2 kami sebaik mungkun utk menjadi pemimpin seperti kamu – dapat memperjuangkan selogan DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA…..tanpa terlibat dengan pendapatan yg diragui rakyat di zamannya nanti dan yang paling penting pendapatan suci bersih dari sisi Allah SWT.

    AKHIRNYA….
    teringat selogan mesra kau di FELDA satu masa dulu…… “KEPALA BAPAK KAU”. Harapkan slogan tersebut akan terpahat dalam liputan sejarah…..

  3. Pakcik x ikut perkembangan semasa ke pakcik..kan telah dinyatakan dalam mahkamah DNSR menerima derma dari raja Arab Saudi…billion2 tu pakcik…simpan kt bank 3..4 bulan pon amik faedah dh bule jd millionair. Tu x ttmasuk lg pencen2 MB..menteri dsbnye.Menantu dan besan dia pon millionair gitew…Chill lah pakcik…tu rezki dia..Allah nk bg..

Comments are closed.