TERKINI : PWTC Jadi Pusat Pertemuan Sekretariat Perikatan Nasional (PN) – Annuar Musa

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan dijadikan pusat utama untuk sekretariat Perikatan Nasional (PN) berbincang bagi merangka pelan dan menyelaraskan hala tuju gabungan itu.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa setelah semua parti gabungan berkenaan bermuafakat bersama dalam membentuk kerajaan baharu PN.

“Kita telah bersetuju menjadikan PWTC sebagai tempat untuk sekretariat berjumpa untuk mengatur gerak kerja.

“Semua Setiausaha Agung parti gabungan PN sudah menerima arahan daripada presiden masing-masing bagi merealisasikan perkara itu.

“Sekretariat ini akan mengadakan mesyuarat seminggu sekali bagi membincangkan perkara berkaitan gabungan, selain membantu memperkukuhkan jentera kerajaan,” katanya.

1 Komen

  1. Rekod bersih, nampak Anuar Musa ni sesuai jadi TPM.

    Harap beliau kekalkan rekod kerja yang baik untuk bersama2 memimpin Muafakat Nasional mencapai kemenangan besar dalam PRU15 nanti!

Comments are closed.