ROM – Itali menutup semua sekolah mulai hari ini selama 10 hari dalam usaha mengekang penularan wabak koronavirus.

Semua sukan profesional termasuk perlawanan bola sepak Serie A akan bermain secara tertutup selama sebulan.

Sejumlah 107 orang mangsa maut akibat koronavirus atau Covid-19 – negara tertinggi dijangkiti wabak itu di Eropah

Perdana Menteri, Giuseppe Conte berkata, lebih 3,000 kes dikesan di utara dan lain-lain di 20 wilayah Itali.

Di peringkat global kira-kira 3,200 orang maut dan 90,000 orang dijangkiti, kebanyakan di China.

Penularan wabak koronavirus dikesan di Wuhan, China akhir tahun lalu.

Setakat ini, jangkitan kes koronavirus dilaporkan di 81 buah negara dengan Itali, Iran dan Korea Utara mencatatkan kes tertinggi di luar China. – MalaysiaGazette