Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bergambar bersama pelajar cemerlang pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2019 di Sekolah Kebangsaan Sultan Alam Shah, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Peningkatan Gred Purata Nasoional Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya membuktikan semua inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkesan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, keberkesanan sistem pendidikan dan dasar yang berkualiti ini turut membuktikan ia sesuai dengan dengan semua lapisan masyarakat.

“Keputusan yang diperoleh hari ini menunjukkan bahawa banyak inisiatif yang dilakukan oleh KPM telah menampakkan hasilnya.

“Ia memberi petunjuk bahawa peluasan dan keberkesanan sistem pendidikan serta dasar yang diamalkan telah berjaya memberi peluang pendidikan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Namun tidak dinafikan dorongan keluarga juga memainkan peranan penting selainĀ  khidmat dan pengorbanan guru demi memastikan pecapaian murid memberangsangkan, katanya.

“Keputusan ini sudah semestinya membanggakan seluruh ahli keluarga, guru-guru dan masyarakat. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua ibu bapa atas kecemerlangan anak-anak.

“Sesungguhnya dorongan ahli keluarga memainkan peranan penting bagi melonjakkan prestasi murid. Kejayaan seorang murid juga amat berkait rapat dengan kesungguhan dan kegigihan guru-guru mendidik murid. Terima kasih cikgu. Tanpa pengorbanan guru, pencapaian cemerlang dan memberangsangkan ini tidak akan menjadi
kenyataan.,” katanya lagi.

Terdahulu Muhyiddin berbangga dengan pendapaian calon SPM tahun lalu yang mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Hari ini dilaporkan Gred Purata Nasional tahun 2019 adalah 4.86 berbanding 4.89 pada tahun 2018 iaitu perbezaan sebanyak 0.03.

Turut dilaporkan seramai 8,867 calon mendapat keputusan cemerlang selepas memperoleh semua A dalam semua pelajaran pada SPM 2019 berbanding 8,436 calon pada tahun 2018.-MalaysiaGazette