full scale MCO Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. parliament sitting Malaysia
Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020.

KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan supaya merenungi kesalahan lampau dan memastikan ia tidak berulang.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan juga menyarankan supaya setiap pemimpin yang menganggotai kerajaan baharu perlu mencontohi dan mentauladani kebaikan yang disumbangkan orang dan tokoh terdahulu demi kebaikan rakyat.

Pada masa yang sama, beliau mahu kerajaan baharu yang terbentuk di PN itu merancang segala tadbir urus untuk memastikan segala agenda rakyat didahulukan dan dilaksanakan tanpa sebarang kekurangan dan kekangan.

“Kerajaan baharu perlu betul-betul rancang, renungi kesalahan lalu jangan ulangi,” kata dalam status twitter beliau baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga menjelaskan, kebaikan dan sumbangan yang ditinggalkan orang lama umpama ‘mutiara yang jatuh di bumi’ dan perlu digunakan sebaik-baiknya demi pembentukan masyarakat yang majmuk dan maju.

“Kutip kebaikan orang dulu, ia umpama mutiara jatuh, kalau jatuh di sini tiada kembali lagi.Fail to plan is plan to fail,” katanya.

Beliau juga berkongsi kata-kata moral yang disebut oleh Bapa Kemerdekaan India, Mahatma Gandhi iaitu First they Ignore you, then they laugh at you, then they fight you, then you win.-MalaysiaGazette