Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Individu itu dilaporkan ditahan polis selepas didakwa memukul dan mendera anak angkatnya berus dua tahun di kediamannya Petaling Jaya, Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal hari ini mengesahkan penahanan individu itu semalam.

Bagaimanapun katanya, individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis sebagai membantu siasatan.

“Ada (sudah ditahan) dan telah diberi jaminan polis, saya akan keluarkan press release (butiran lanjut) hari ini,” katanya secara ringkas dalam WhatsApp hari ini.

Semalam beliau mengesahkan polis telah selesai rakam keterangan kesemua saksi iaitu empat orang yang berada ketika kejadian termasuk keterangan jutawan kosmetik itu sendiri.

Katanya, siasatan akan dilengkapkan minggu ini dan kemudian akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Berdasarkan maklumat pengadu, suspek memukul anak angkat yang berada di kediamannya sewaktu ingin merakam gelagatnya sedang menangis untuk publisiti.

Pengadu juga mendakwa suspek turut memanggilnya masuk ke dalam bilik kasut bersama anak angkatnya itu selain menyuruhnya memukul kanak-kanak terbabit, namun dia tidak mengikuti arahan itu kerana bimbang kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan.-MalaysiaGazette

Siasatan usahawan kosmetik pukul anak siap minggu ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast