Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – “Saya terbuka kepada PM, tak wajib saya..tak terpilih pun takpa.

“Tak terpilih saya balik jadi nelayan pun takpa,” seloroh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya kemungkinan beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baharu.

“Yang calonkan itu rakyat, sepatutnya PM, ramai orang syok bila kena calon, saya tak syok orang calonkan saya,” ujarnya lagi pada sidang media di Pejabat Presiden Pas, Masjid Rusila, Marang, Terengganu hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas ada cadangan mahu beliau dilantik menjadi TPM dalam kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Abdul Hadi, beliau terbuka kepada sesiapa sahaja pilihan Muhyiddin dan akan mendukungnya.

Beliau juga mengulangi pendirian Pas yang mahu jemaah kabinet dipilih daripada golongan ahli politik dan profesional yang bersih, berintegriti dan ada kepakaran.

Menurut beliau, keputusan pemilihan tampuk kepimpinan adalah tindakan bijak Yang Dipertuan Agong (YDPA) dan sekiranya ada pihak yang mahu mengusul undi tidak percaya ia bermakna mereka tidak percaya kepada YDPA.

Pas juga mahu barisan kabinet mengambilkira masyarakat majmuk walaupun mereka minoriti dalam Perikatan Nasional selain negeri Sabah dan Sarawak.

Ditanya kenapa terlalu lama masa diambil untuk bentuk Kabinet, Abdul Hadi berkias: “Yang penting cermat, teliti itu dari Allah, gopoh dari syaitan.”- MalaysiaGazette

4 Komen

  1. KALAU TAK PILIH JADI PM PILIHLAH TGHH JADI MENTERI KEWANGAN SUPAYA DIA DAPAT JAGA EKONOMI ORANG ISLAM

  2. Setuju agar Hj Hadi jadi TPM agar kegelojohan pemimpin umno untuk menjadi dominan kerajaan dapat dihalang agar jangan jadi 2x parti kerajaan di TENDANG rakyat kerana korupsi…

  3. Jangan bodoh sangat.tenguk sape kerusi yg paling banyak tulah yg layak d pilih TPM..susah betul nak dapat jawapan..merapu2 jer..

Comments are closed.