KUALA LUMPUR- Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 (PABKL 2020) ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Acara tahunan itu sepatutnya berlangsung pada 27 Mac hingga 5 April ini di World Trade Centre Kuala Lumpur.
Dalam satu pengumuman di laman Facebook rasmi acara tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Induk PABKL 2020, Mohd. Khair Ngadiron berkata, keputusan tersebut diambil selepas jawatankuasa berkenaan bermesyuarat hari ini.
Tiada sebab dinyatakan mengapa pesta buku yang berlangsung sejak sekian lama itu ditangguhkan.
Tetapi umum memahami ia pastinya mempunyai kaitan dengan gelombang kedua Covid-19 yang telah menjangkiti 55 orang setakat ini.
Ini menyebabkan banyak acara yang melibatkan orang ramai ditangguhkan dan syarikat-syarikat juga telah membenarkan para pekerja bekerja dari rumah bagi mengekang penularan wabak berkenaan.
Namun begi menurut Mohd. Khair, jualan dalam talian tetap akan diteruskan pada tarikh yang sama iaitu 27 Mac-5 April nanti.- MalaysiaGazette