Gambar yang merakamkan detik-detik kereta yang dipandu oleh Zhang terjunam ke dalam sungai. foto Agensi

BEIJING – Kegembiraan seorang lelaki bernama Zhang yang baru sahaja lulus dalam ujian memandu menjadi tragedi apabila kereta yang dipandunya terjunam ke dalam sungai.

Kejadian itu berlaku selepas 10 minit dia lulus ujian memandu.

Insiden itu berlaku apabila dia terganggu selepas membaca mesej melalui telefonnya, mendorong beliau membelok ke kiri di Jambatan Laoping, di wilayah Guizhou.

Mesej itu sebenarnya memberi dia ucapan tahniah kerana berjaya dalam ujian memandu.

Kereta putih dipandu Zhang sedang melalui jambatan yang turut dilalui beberapa pejalan kaki.

“Semasa saya memandu, saya memegang telefon dan membaca beberapa mesej, ketika itu saya ternampak ada dua pejalan kaki di depan saya berjalan di atas jambatan.

“Saya jadi gelabah dan kemudian membelok kiri secara tiba,” katanya.

Zhang berjaya keluar dari kereta menggunakan pintu di tempat duduk penumpang sebelah.

Keretanya berjaya diangkat dari dalam sungai. – MalaysiaGazette