Ronaldinho ditahan bersama abangnya kerana memasuki Paraguay menggunakan pasport palsu.

BRASILIA – Lagenda bola sepak Brazil dan Barcelona, Ronaldinho dicekup polis di Paraguay kerana cuba memasuki negara itu menggunakan pasport palsu.

Pemain yang pernah diangkat sebagai Pemain Terbaik Dunia oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun 2004 dan tahun 2005 itu ditahan dan disoal siasat bersama abangnya Roberto Assis di Resort Yatcht &Golf Club Paraguayo pada Rabu lalu.

Pasport yang ditemui pegawai polis di hotel membawa nama Ronaldinho dan adiknya namun siasatan terperinci mendapati mereka dicatat sebagai warganegara Paraguay.

Turut dirampas kad pengenalan palsu yang menyatakan kedua dua mereka sebagai warganegara Paraguay.

Acevedo juga mengesahkan bahawa Ronaldinho dan abangnya menyatakan mereka tidak bersalah dan didakwa telah ditipu oleh seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun dari Brazil, Wilmondes Sousa Lira.

Ronaldo mengembara ke Paraguay pada Rabu bersama abangnya untuk mempromosi tabung amal dan buku nukilan terbaharunya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast