TERKINI : Hentikan Keganasan dan Pembunuhan Komuniti Islam di India

Lebih 100 orang bersama Pertubuhan Hizbut Tahrir Malaysia berarak secara aman dan berhimpun di hadapan Bangunan Wisma HRIR Lotus, Jalan Pahang hari ini sebagai membantah keganasan dan pembunuhan komuniti Islam di India.

Jurucakapnya, Abdul Hakim Othman berkata, pihaknya kecewa dengan kezaliman yang dilakukan ke atas umat Islam di beberapa wilayah di India termasuk New Delhi sehingga harta benda milik masyarakat minoriti itu dimusnahkan dan ada dalam kalangan mereka dibunuh.

“Kita tahu apa yang telah berlaku di India ke atas saudara kita kaum muslimin di sana berdasarkan laporan-laporan media selama ini yang mana berlaku rusuhan dan pembunuhan ke atas umat Islam di sana oleh kaum ekstremis Hindu dengan restu daripada kerajaan India.

“Hari ini kita hantar memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Tinggi India dengan harapan mereka dapat menyampaikan mesej ini kepada Perdana Menteri, Narendra Modi supaya segala bentuk penindasan dihentikan segera dan mengembalikan semula kesejahteraan kehidupan dan hak kerakyatan saudara kita di sana,” katanya ketika ditemui di hadapan bangunan tersebut hari ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast