Lebih 70 orang dilaporkan terperangkap dalam runtuhan sebuah bangunan hotel yang dijadikan pusat kuarantin di Fujian, China,Gambar

FUJIAN – Lebih 70 orang dilaporkan terperangkap dalam runtuhan sebuah bangunan hotel yang dijadikan pusat kuarantin hari ini.

Bangunan Hotel Xinjia Express setinggi lima tingkat itu terletak di bandar Quanzhou Fujian , China.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.30 malam waktu tempatan, lapor agensi berita.

Setakat ini, kira-kira 150 pasukan mencari dan menyelamat sedang berusaha untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang masih lagi terperangkap di bawah runtuhan bangunan tersebut.

Pihak berkuasa memaklumkan lebih 34 orang sudahpun berjaya diselamatkan daripada runtuhan.

Bagaimanapun angka sebenar mangsa yang terlibat masih belum dapat dipastikan.- MalaysiaGazette