Odion Ighalo.

LONDON – Penyerang Manchester United, Odion Ighalo kini tidak lagi peduli mengenai kritikan orang lain terhadap dirinya dan memilih fokus untuk menunjukkan prestasi terbaik.

Ighalo yang kini menjalani fasa pinjaman bersama Manchester United dari kelab China Shanghai Shenhua menerima banyak kritikan kerana dia dianggap bukan penyerang yang diperlukan United.

Malah pemain antarabangsa Nigeria itu digelarkan sebagai ‘Panic Buy’ oleh penganalisis bola sepak.

“Saya gembira dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan kerana berjuang keras dalam perlawanan ini.

“Selagi rakan sepasukan saya mempercayai saya, bos [Ole Gunnar Solskjaer] mempercayai saya dan peminat mempercayai saya,saya akan terus berjuang dan saya tidak peduli apa yang dikatakan orang lain,” kata Ighalo kepada BT Sport selepas perlawanan menentang Derby County semalam. – MalaysiaGazette