LONDON- David Moyes mencadangkan supaya Piala Liga atau EFL Carabao Cup perlu dimansuhkan dan digantikan dengan Piala British.
Syor daripada Pengurus West Ham United itu menyusul selepas Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Aleksander Ceferin meminta England supaya menghentikan Piala Liga EFL yang dilaksanakan ketika ini oleh Persatuan Bola Sepak England (FA).
Ceferin memberitahu the Times pada Khamis bahawa adalah lebih baik untuk semua sekiranya perlawanan kalah mati taraf kedua England iaitu Piala EFL Carabao dimansuhkan sebagai meringankan beban pemain pasukan.
Cadangan Ceferin hadir selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa melancarkan perlawanan tambahan pada musim 2021 iaitu Piala Dunia Kelab melibatkan 24 pasukan.
Malah turut dalam pertimbangan FIFA adalah Piala Juara-Juara Antarabangsa pra musim.
Piala EFL telah diperkenalkan di England pada 1960 tetapi tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini ia menjadi platform untuk pasukan menurunkan bakat muda.
Moyes memilih idea menjenamakan semula daripada memansuhkan terus kejohanan itu dan gemar membuka pintu kepada penyertaan pasukan dari negara lain antaranya scotland.
“Pendapat saya adalah sentiasa memikirkan idea kita harus memasukkan Scotland.
“Ia boleh dilaksanakan menerusi penstrukturan semula, mungkin itu caranya bahawa sejumlah besar pasukan EPL tidak akan menyertai kejohanan itu.
“Saya memahami jadual padat yang begitu menyebabkan pemain sibuk tanpa rehat secukupnya.
“Saya rasa itu tidak betul dan perlu cari jalan merombak atau mengubah semula, dengan panggilan Piala British dan jemput pasukan dari Northern Ireland atau mungkin dua pasukan dari Liga Wales yang akan memberikan sesuatu persaingan yang berbeza dan menghiburkan,” tegasnya.-MalaysiaGazette