Penjaga gol Selangor, Khairulazhan Mohd Khalid pada perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020 antara pasukan Selangor menentang pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 MAC 2020

SELANGOR berjaya mengelak daripada kekalahan apabila jaringan penyamaan penyerang importnya, Ifedayo Olusegun membolehkan seri 1-1 menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Aksi kedua Liga Super membabitkan kedua-dua ‘jiran tetangga’ itu sememangnya dinanti-nantikan terutama selepas masing-masing memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan minggu lalu.

Bagaimanapun, Selangor dikejutkan terlebih dahulu dengan jaringan pelawat yang disumbangkan oleh Shahrel Fikri yang pernah meraih pengalaman beraksi di Liga Satu Thailand bersama kelab Nakhon Ratchasima pada 2018.

Jaringan Shahrel itu berpunca daripada larian pantasnya yang berjaya menewaskan dua pertahanan sebelum meledak tepat untuk meletakkan pelawat di depan seawal minit kesembilan.

Tuan rumah yang dibimbing B Sathianathan kembali memperkemaskan aksi dan hasilnya Ifedayo bangkit menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-31 sekali gus kekal hingga menuju ke bilik persalinan.

Memasuki babak kedua, skuad Merah Kuning melakukan beberapa pertukaran dalam usaha memburu gol kedua namun segala usaha itu gagal apabila anak buah Mehmet Durakovic tenang bertahan hingga ke wisel penamat.

Pemain Selangor, Syahmi Safari diasak keras pemain Perak, Rafiuddin Roddin pada perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020 antara pasukan Selangor menentang pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 MAC 2020
Pemain Perak, Partiban K. Janasekaran cuba melepasi dua pemain Selangor pada perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020 antara pasukan Selangor menentang pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 MAC 2020
Pemain Selangor, Sandro Da Silva cuba mendapatkan bola daripada pemain Perak, Guilherme De Paula pada perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020 antara pasukan Selangor menentang pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 MAC 2020
Pemain Perak, Raianderson Da Costa melakukan percubaan pada perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020 antara pasukan Selangor menentang pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 MAC 2020
Pemain Perak, Shahrel Fikri meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020 antara pasukan Selangor menentang pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 MAC 2020
Reaksi pemain Perak, Guilherme De Paula semasa gagal menjaringkan gol pada perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020 antara pasukan Selangor menentang pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 MAC 2020
Pemain Selangor, Ifedayo Olusegun meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020 antara pasukan Selangor menentang pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 MAC 2020
Pemain Selangor, Ifedayo Olusegun meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020 antara pasukan Selangor menentang pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 MAC 2020
Pemain Selangor, Ifedayo Olusegun meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020 antara pasukan Selangor menentang pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 MAC 2020
Pemain Selangor bergambar sebelum memulakan perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020 antara pasukan Selangor menentang pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 MAC 2020
Pemain Perak bergambar sebelum memulakan perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020 antara pasukan Selangor menentang pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 MAC 2020

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast