Dr. Mahathir Mohamad
LANGKAWI – Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan syarat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan pemimpin yang dikaitkan dengan kegiatan penyelewengan dan rasuah khususnya dari parti UMNO jika mahu mengadakan sebarang pertemuan dengannya.

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, ketika ini tiada keperluan untuknya bertemu dengan pemimpin nombor satu negara itu bagi menyelesaikan pertikaian politik sekiranya syarat terbabit tidak mampu dilaksanakan.

Dr Mahathir turut mengesahkan telah menerima surat daripada Muhyiddin meminta pertemuan diadakan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, Dr Mahathir terpaksa menolak untuk berbuat demikian memandangkan Perdana Menteri telah menjelaskan pendiriannya membentuk kerajaan Perikatan Nasional bersama keseluruhan Ahli Parlimen UMNO sebelum ini.

“Dia (Muhyiddin) ada nak jumpa saya. Saya dah jumpa dia dari dulu, saya dah terang dah pendirian saya.

“Saya tak berubah, saya janji bahawa saya tak akan bekerjasama (dengan pemimpin yang terlibat dengan rasuah), Muhyiddin pun janji, dia (yang) kita tengok dalam video klip macam mana dia kata dia tidak akan bekerjasama dah dengan UMNO apa semua.

“Tapi sekarang dia terima UMNO sebagai parti yang terbesar dalam kerajaan dia… parti dia (Bersatu) cuma enam orang saja (Ahli Parlimen asal)… Bersatu cuma enam orang saja, parti UMNO 51 orang (termasuk yang sertai Bersatu)

“Saya tak tengok apa sebab saya nak jumpa (Muhyiddin) melainkan kalau dia sanggup buang orang itu semua, boleh jumpalah kot itupun saya akan timbangkan,” kata Dr Mahathir lagi menurut Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Bersatu Cawangan Kedawang, Langkawi pada Ahad.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berharap agar Dr Mahathir bertemu dengan Muhyiddin selepas timbul desakan dalam kalangan ahli parti itu yang berharap pemimpin tertinggi parti itu dapat berdamai dan kembali mengukuhkan parti.

Dr Mahathir sebelum itu turut menjelaskan sukar untuk berdamai memandangkan beliau masih teguh dengan prinsip untuk tidak bekerjasama bersama pemimpin yang didakwa di mahkamah. – MalaysiaGazette

14 Komen

  1. Bagus tun, tetap dengan prinsip.. Umno sure sailang Muhyiddin nanti.. Baru dia tahu..

  2. Anggap ni ketentuanNya, Dia jelaskan dimata hati siapa musuh2Nya yg jelas atau yg selindung, yang nyata atau bertopeng yang pasti PM jgn biarkan ada tokong dlm hati. Jgn takut, jgn gentar, jgn ada rasa kecil tiada yg berkuasa selamanya. InsyaAllah kami rakyt dibelakang PM.

  3. Bkn sombong tetapi seorang yg berintegriti dan tegas pada prinsip2 yg betul. Syabas Tun…

  4. Madeykutty mahasamun mmg dasar makhluk bongkak. Masajadi pm ko kutuk Melayu pemalas, hari ini ko fitnah umno. Umno jika rosak pun sbb ko la 22 tahun ajar rasuah. Ko nk org umno lompat ke bersatoo..tp ko xmo parti umno..kunun rasuah..pala bapak ko la madir..licik ye ko nk nipu org Melayu lg.. Anak ko 2ekor perompak beaar, sekor lagi betina lgbt, sekorlagi sembaptp terhegehnk jd pm, kayaraya juga.

  5. Yang ajak money politik=Atuk (mulai 1981)
    Yang ajak create kroni=Atok (mulai 1981)
    Yang ajak kayakan anak betanak=Atuk(1981)
    Yang ajak bail out anak anak=Atuk(1998)
    Yang ajak bail out kroni=Atok(1998)
    Yang ajak penjara musuh=Atuk(1998)
    Yang ajak jatuhkan orang=Atuk(1998)
    Yang ajak pusing belakang=Atuk(2020=
    Yang kurang ajak=Atuk(2020)

Comments are closed.