KUALA LUMPUR – Perbadanan Putrajaya (PPj) meminta orang ramai tidak terpedaya dengan audio laporan individu yang mendakwa Putrajaya dilanda koronavirus dan Hospital Putrajaya sesak.
Audio yang tular sejak beberapa hari itu turut mendakwa kakitangan Hospital Putrajaya dijangkiti.
PPj berkata, audio berkenaan tidak menggambarkan situasi sebenar di Putrajaya dan dikhuatiri akan menimbulkan panik.
”Keadaan di Putrajaya adalah seperti biasa dan orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan langkah berjaga-jaga sebagaimana disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya sambil meminta orang awam mengambil sikap bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih. – MalaysiaGazette