Gambar hiasan

MOSCOW- Pihak berkuasa tempatan mengancam untuk mengenakan hukuman penjara sehingga lima tahun kepada individu yang gagal mengkuarantinkan diri sendiri selama dua minggu selepas mengunjungi negara yang dilanda Covid-19.

Kerajaan bandar ini mengumumkan “rejim amaran paling tinggi”  untuk mencegah penyebaran penyakit berjangkit di ibu kota Rusia.

Mereka yang kembali dari China, Korea Selatan, Iran, Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol dan negara-negara lain yang menunjukkan tanda-tanda koronavirus haruslah mengasingkan dirinya di rumah selama 14 hari, kata Dewan Bandaraya Moscow.

Jabatan Penjagaan Kesihatan Moscow berkata, pihak berkuasa akan memeriksa pengasingan diri oleh individu terbabit melalui penggunaan kamera TV litar tertutup.

Bagaimanapun, dalam notis yang dikeluarkan, jabatan itu berkata, pihaknya tidak ada masalah jika individu berkenaan berjalan dengan anjing mereka semasa tempoh kuarantin tetapi ketika orang awam lain tidak ramai di jalan dan perlu memakai penutup muka dan mulut.

Terdapat 15 kes jangkitan koronavirus yang dilaporkan di Rusia setakat ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast