Azam Baki

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Azam Baki dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa hari ini (9 Mac).

Pelantikan itu dumumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini.

Azam yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM dilantik menggantikan Latheefa Koya yang meletakkan jawatan Ketua Pesuruhjaya minggu lepas.

Beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin, 2 Mac.

Latheefa dalam satu kenyataan berkata, peletakan jawatan itu adalah keputusannya sendiri dan bukannya disebabkan sebarang tekanan.

PMO dalam kenyataan hari ini memaklumkan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Latheefa untuk meletakkan jawatan selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009 (Akta 694).

Artikel berkaitan: Sah, Latheefa Koya letak jawatan KP SPRM

– MalaysiaGazette