Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 12 tengahari hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif virus itu meningkat kepada  117 kes.

Hanya satu daripada 18 kes kes baharu itu dikesan dalam kalangan Pesakit Di Bawah Siasatan (PUI-Patient Under Investigatin).

Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes PUI itu (kes-101) melibatkan seorang lelaki yang baharu pulang dari Iran.

“Kes bersama dengan rakan pernigaan beliau yang telah ke Iran pada 20 Februari hingga 27 Febnruari lalu.

“Kes telah dikesan bergejala pada 5 Mac 2020 dan kes telah disahkan positif Covid -19 pada 8 Mac 2020,” katanya sambil menambah individu tersebut tersebut telah dirawat dan dimasukkan ke wad isolasi Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.

Menurut Noor Hisham, dengan pertamabah 18 kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif virus tersebut meningkat kepada  117 kes.

Tambah beliau, daripada aripada jumlah itu sebanyajk 19 kes dikesan dalam kalangan kontaks rapat dan dua lagi kes daripada misi bantuan kemanusiaan.

Katanya, dua kes dilaporkan berada di unit rawatan rapi semalam masih dirawat di unit rawatan rapi dan mereka masih memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tambah beliau, kes-kes bagi gelombang kedua yang dilaporkan , bermula kes ke-23 hingga kes ke-117, hanya enam kes sahaja yang dilaporkan daripada kalngan PUI dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Kes-kes lain pula, jelas Noor Hisham, melibatkan kluster yang terdiri daripada kontak rapat dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast