Jalan raya di Hubei lenggang kerana kebanyakan penduduk tinggal di dalam rumah dalam usaha mengekang jangkitan koronaavirus. foto Agensi

BEIJING – Tanah Besar China, di luar wilayah Hubei merekodkan sifar kes jangkitan Covid-19 buat hari kedua berturut-turut.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Politik dan Suruhanjaya Undang-Undang Parti Komunis China berkata, negara ini perlu terus berhati-hati dan tidak harus letih ‘berperang’ dengan wabak itu.

”Kita masih perlu terus berwaspada dan keperluan mencegah dan mengawal koronavirus,” kata Chen Yixin.

China merekodkan sebanyak 40 kes baru positif koronavirus semalam, menurut Suruhanjaya Kessihatan.

Angka itu menyusut berbanding 44 kes pada hari sebelumnya – terendah sejak suruhanjaya itu mula mendedahkan data seluruh negara pada 20 Januari lalu.

Daripada jumlah kes baru itu, sebanyak 36 kes adalah jangkitan baru di Wuhan, manakala bakinya di Gansu, kes yang diimport dari Iran.

Jumlah kes jangkitan yang diimport mencecah 67 termasuk empat kes di Gansu.

Bilangan kes baru semalam menjadikan jumlah kes yang disahkan positif di China adalah sebanyak 80,735. – MalaysiaGazette